Important HRD Corp Update: Effective 15 June 2026 onwards all grant approvals MUST be obtained at least 14 calendar days before the training commencement date.

Important HRD Corp Update: Effective 15 June 2026 onwards all grant approvals MUST be obtained at least 14 calendar days before the training commencement date.

PROGRAM EKSLUSIF IN-HOUSE

Temui Qiblat Anda

Selaraskan Niyyah Anda

Qiblat HatiProgram reflektif Satu Hari yang direka untuk memfokuskan refleksi spirtual dengan realiti korporat.

Program
Eksklusif In-House
Program
Reflektif
1 Hari
100%
HRDC Claimable
hrdc claimable leadership training malaysia
employee critical thinking training malaysia

Apa Itu Qiblat Hati

Qiblat Hati ialah pengalaman pembelajaran reflektif dengan aktivit yang berinteraktif dan direka khas bagi membantu perkerja korporat mengingati semula apa itu nilai, tujuan, matlamat dan niat mereka di tempat kerja. Dalam persekitaran korporat yang serba pantas dan canggih pada zaman hari ini, pekerja sering tertumpu kepada prestasi perkerjaan dan tanggungjawab tertentu. Dalam kesibukan urusan harian sama ada, KPI, mesyuarat mahupun tanggungjawab, mudah bagi mereka untuk terlupa akan sesuatu yang lebih mendalam iaitu “Tujuan.”

Sama seperti kompas pengembaran yang ingin melalui kawasan asing, setiap individu memerlukan Qiblat Hati untuk mengharungi amanah diberi setiap hari sama ada tentang kepimpinan mahupun kehidupan. Dalam Islam, panduan ini datang daripada dua sauh yang kukuh: Qiblat dan Niyyah.

Temukan Qiblat Anda, Menyelaraskan Niyyah Anda

  • Qiblat mewakili arah – kejelasan tentang ke mana arah ingin dituju.
  • Niyyah mewakili niat – keikhlasan di sebalik setiap tindakan yang di ambil.

Apabila arah dan niat diselaraskan, tindakan kita akan memberi impak yang bermakna dan berprestasi tinggi. Kerja menjadi lebih daripada sekadar tugasan dan pencapaian, ia menjadi amanah, ibadah, dan jalan ke arah kecemerlangan.

Qiblat Hati direka sebagai program satu (1) hari. Menggabungkan ceramah oleh Ustaz dan Ustazah, penceramah bebas dan juga artis jemputan digabungkan dengan fasilitator profesional yang berpengalaman. Program ini memberi peluang untuk mengubah hati, minda dan tindakan seseorang.

Intipati Serta Perjalanan Qiblat Hati

01

Arah

Temukan Qiblat Anda

Temui kejelasan, tujuan dan arah dalam perjalanan kehidupan peribadi dan perkerjaan anda.

02

Niat

Menyelaraskan Niyyah Anda

Memperhalusi semula tindakan anda melalui niat dan nilai-nilai yang bermakna.

03

Impak

Hidup Dengan Ihsan

Transformasi ke arah tujuan yang lebih cemerlang, berkepimpinan dan sumbangan terhadap sesebuah organisasi.

PEMBELAJARAN UTAMA

Memperhalusi semula tujuan dan niat di tempat kerja Fahami bagaimana prinsip Islam seperti niyyah (niat) dan amanah (kepercayaan) dapat mengubah cara berkerja harian menjadi lebih bermakna.

Kembangkan kesedaran etika dalam membuat keputusan Praktikkan nilai-nilai Islam seperti integriti, akauntabiliti dan keikhlasan apabila berhadapan dengan cabaran dan tanggungjawab di tempat kerja.

Perkukuh peribadi antara nilai dan tindakan Renungkan bagaimana kepercayaan peribadi mempengaruhi tingkah laku, komunikasi dan kepimpinan dalam persekitaran profesional.

Bina sikap dan daya tahan dibawah tekanan Pelajari bagaimana asas kerohanian dapat membantu mencarik arah dan ketenangan semasa dalam tekanan dan perubahan.

Bina minda dan memberi sumbangan serta tujuan Beralih daripada sekadar menyelesaikan tugasan kepada menyampaikan kerja dengan niat yang betul, cemerlang (ihsan), dan memberi impak jangka panjang.

business consultation malaysia

The Speakers

Transfomkan perkerja anda
sekarang melalui Qiblat Hati

Bawa Qiblat Hati ke organisasi anda dan cipta impak yang bermakna melalui pengalaman pembelajaran berteraskan Qiblat dan Niat.

FAQ

Bolehkah program ini di ubah suai?

 Ya, program ini boleh diubah suai mengikut objektif, profil audiens, konteks industri dan hasil pembelajaran yang diinginkan oleh organisasi anda.

 Sudah tentu. Qiblat Hati direka sebagai program in-house yang eksklusif dan boleh dijalankan di pejabat anda, pusat latihan, hotel atau lokasi pilihan anda.

 Qiblat Hati sesuai untuk pemimpin baharu, pengurus, eksekutif, pegawai dan sesiapa yang sedang mencari penjelasan, tujuan, kepimpinan beretika dan berdedikasi yang lebih tinggi.

Sekadar mengisi borang di sebelah kanan dan pihak kami akan menghubungi anda